MELAKA
Pintu gerbang melaka
Baru-baru ni fara & keluarga melawat melaka.. melawat?? ye.. dulu fara pernah dibesarkan di negeri bersejarah ini. Iaitu di KEM TERENDAK. Destinasi utama kami mestilah di Kem Terendak. Sampai je di Melaka kami terus ke Ayer Keroh, ke homestay.. x ingat pula apa nama homestay tu. Tapi memang berpuas hati, ruang tamu yang luas, ada 3 bilik tidur, 2 bilik air & ruangan dapur yang luas, memang sesuai dengan kami 3 keluarga ni.
Halaman luar homestay
Haa~ inilah orang yang sponsor everything percutian kami..
Hanya RM150 untuk semalaman, rasanya murahlah juga. Lagipun semuanya complete, ada astro, aircond & peralatan elektrik pun lengkap, mesin basuh pun ada.. kalaulah tahu ada mesin basuh, tak payah susah-susah berangkut baju anak banyak-banyak...
Ruang tamu
Penat driver kita ni..
Bilik utama, dalam bilik ini terdapat juga bilik air.
Bilik tidur ke-2
Bilik tidur ke-3
Ruang ke bilik air & dapur.
Dapur.
Malamnya pula kami ke River Cruise, tiket untuk dewasa rm10, kanak-kanak rm5 manakala untuk kanak-kanak 2 tahun ke bawah percuma. Punyalah panjang barisan nak beli tiket.. lebih baik pergi masa belum cuti sekolah tak adalah sesak sangat, silap-silap anak pun boleh hilang..
Pemandangan wartu malam amat menarik.
Bot yang dinaiki akan melalui perkampungan-perkampungan yang dihiasi lampu-lampu berwarna-warni.. tak banyak gambar yang dapat disnap sebab sibuk menjaga anak-anak, risau anak-anak yang terlalu asyik dengan air sungai takut pula terjatuh dalam sungai nanti. Lepas aktiviti di river cruise tamat kami terus ke muzium samudera. Tapi dah tutup.. hihi.. dapat bergambar di luar pun jadilah..
Muzium Samudera
Keesokkan harinya pula kami ke destinasi utama kami iaitu Kem Terendak..! Sampai je di Kem tersebut, betapa sayu hati ni. Terus terbayang-bayang zaman kanak-kanak fara dahulu. Kalau pergi sorang-sorang dah lama menitik air mata ni. Nasib baik ada orang, segan pulak..
Kuaters askar, Kem terendak
Inilah rumah fara bernombor 22.
Di tangga inilah salah satu tempat fara bermain.
Ini tempat uri adik fara ditanam, hihi..ingat lagi. Fara tanya ayah 'Ayah tanam apa tu? ayah fara jawab 'tanam adik'. Meraung fara kat situ.. rupa-rupanya uri....
Kami anak TENTERA!! emosi la pulak..!
Dulu tempat ni takde pagar lagi, kat sinilah tempat fara jalan nak ke pantai, masa tu suka sangat main tangkap anak ketam..
Kenangan di Kem terendak ni bukan kenangan fara seorang jer, tapi kenangan abang fara jugak. Masa tu hanya kami 3 beradik je. Adik fara masa tu kecil lagi, baru lahir..
Selepas itu kami ke pantai tempat kami mandi-manda. Tak jauh pun, jalan kaki je sekejap da sampai, betul-betul berhadapan dengan kuaters tempat kami tinggal.
Masa kecik-kecik dulu, inilah tempat ayah & ibu bawa kami mandi-manda..
Sekarang da ada pelabuhan.. ermm..banyak berubah.. >.<
Sekolah saya~
Dah selesai melawat di tempat-tempat sejarah kami, apalagi terus ke Dataran pahlawan.. Shopping time!!
Di sebelah malamnya pula kami ke zoo... tapi takde gambar-gambar yang menarik nak fara kongsikan sebab kami pergi waktu malam.. night safari zoo.. malam... apa je yang nampak..
Cak! Inilah anak fara.. hehe..
Ok, kita jumpa di cerita yang lain pula ye.. thanks u all sebab sudi membaca coretan fara yang tak seberapa ni.. just suka-suka je.. ok bye!!